Khamis, 3 Januari 2013

Tentang Ikan Laga



Ikan Laga atau nama saintifiknya Betta Splendens termasuk dalam keluarga Anabantidae (Labirynth Fisher)..Ikan laga ini menjadi salah satu ikan pilihan untuk dijadikan ikan hiasan.. Ikan laga juga dipelihara dan  dibiak untuk dijual...pada masa dahulu,ikan laga jenis biasa/plakat/betta imbellis banyak ditangkap di bendang ...sekarang pon masih ada yang menangkapnya...tetapi tidak banyak...Mereka lebih suka membelinya terus di kedai kerana lebih mudah dan mempunyai pelbagai jenis/warna yang lebih menarik..ikan laga ini tidak la mahal sangat,harganya bergantung kepada kualiti ikan tersebut..semakin baik kualiti ikan,semakin tinggi pula harga ikan itu..paling murah mungkin 4 ringgit...ini mengikut ikan laga yg saya beli la...di kedai ikan tu,ikan laga jantan yang paling murah adalah 4 ringgit...tak tahu la kalau ada yang lagi murah dari tu...yang harga 35 ringgit pon ada...ikan laga yang mencecah harga ratus2 pon ada (kt kedai yg saya beli tu tak ada kot)mungkin ikan tu memang cantik...selalunya ikan yang mahal2 ni mesti nk masuk pertandingan nii(rasanya la)...kalau sebagai hobi,rasanya yang murah2 pon kira O.K. la tuu..ikan laga memang cantik,tetapi suka bergaduh...ikan jantan mestilah diasingkan untuk mengelakkan mereka bergaduh...tetapi ikan betina boleh diletakkan sekali kerana ikan betina boleh hidup secara harmoni...

Pengenalan Blog Ini

Blog ini dibuat just syok2 & atas rasa minat aku terhadap ikan laga/betta..
mgkin aku akan bagi maklumat tentang ikan laga ni setakat yang aku
tahu & mampu..ak pon tak la terer&tahu sngat pasal ikan laga ni..
klau ada yang aku tak tahu,harap korang dpat mmbantu..
bolehla kita cerita pasal ikan laga masing2..
korang pon boleh mmberi info,pandangan dan pendapat korang tentang
 ikan laga nii..